-Sebelum tahun 1937 sambutan orang cina terhadap PKM tidak begitu
menggalakkan, namun selepas kekalahan Negara Cina dalam Perang Cina-
Jepun, PKM berjaya ,mempengaruhi perasaan anti-Jepun di kalangan orang
Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar PKM
bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan
pengaruhnya semakin meluas. Kerjasama dengan British mealui force136
memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan di kalangan orang awam
-Selepas
Perang Dunia Kedua berakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah
Melayu. PKM dan MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan
selama tiga minggu. Dalam tempoh itu, tentera komunis dipanggil bintang
tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada penduduk tempatan
yang dituduh bersubahat dan bekerjasama dengan Jepu
-Setelah
British kembali semula memrintah, kerajaan british mengarahkan supaya
MPAJA menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang
ditubuhkan semasa pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi,
tetapi tidak semua senjata diserahkan kerana sebahagian besar
daripadanya dan bekalan makanan masih disembunyikan di hutan. Tindakan
MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu langkah simbolik untuk
menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan perlembagaan.
No comments:
Post a Comment