Wednesday 23 March 2016

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS

a) MENGISYTIHARKAN DARURAT

menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan PKM semakin hebat. Antara bulan Oktober 1945 hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan. Kemuncak keganasan berlaku pada pada 12 Jun 1948, apabila tiga orang pemimpin Kuomintang dibunuh di Johor, dan diikuti oleh pembunuhan tiga orang peladang Eropah dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948.

Peristiwa ini memaksa Kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa tempat di Johor pada 18 Jun 1948. Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan diikuti di Singapura pada 23 Jun 1948. Setelah undang-undang Darurat dikuatkuasakan, PKM dan pertubuhan di bawah naungannya diharamkan.

Darurat adalah istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk kepada kekacauan yang meletus di Tanah Melayu akibat kebangkitan komunis. Oleh itu, bermulalah secara rasmi usaha kerajaan British untuk memerangi keganasan Komunis di Tanah Melayu. PKM memulakan kegiatan secara gerila melalui gerakkan 'bawah tanah'.

i. Mengharamkan PKM melalui undang-undang darurat.
ii. Menggunakan tentera dan polis untuk menagkap sesiapa yang dikehendaki.
iii. Memperkenalkan sistem kad pengenalan dimana rakyat yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.
iv. Home guard di kampung-kampung telah ditubuhkan.
v. Tentera-tentera komanwel telah dibawa masuk.
vi. Usaha-usaha menyatupadukan kaum-kaum melalui Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum

b. RANCANGAN BRIGGS

diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs iaitu Pengarah Gerakan menentang Komunis pada tahun 1950. Rancangan diperkenalkan bertujuan untuk membanteras kegiatan Komunis melalui startegi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini bertujuan menghalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada Gerila Komunis yang bersembunyi dalam hutan. Dibawah rancangan ini kampung-kampung dipinggir hutan ditempatkan semula di kawasan baharu yang di panggil Kampung Baru yang mudah di kawal. Kampung Baru dipagar di sekelilingnya dan di sediakan kemudahan seperti sekolah dan pusat kesihatan.

Rancangan ini didapati berkesan dalam menanggalkan pembenrontakkan Komunis kerana ia dapat melemahkan kegiantan Min Yuen dan seterusnya memaksa Komunis keluar dari hutan.




c. RANCANGAN TEMPLER (perang saraf)

Sir Gerald Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas Komunis dengan mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah:

i. Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang Melayu
ii. Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri
iii. Mmemberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas Komunis
iv. Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka
v. Memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis

Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan Hitam dan kawasan Putih pada tahun 1952. Kawasan Hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan Putih ialah kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh Komunis.

Melalui pengisytiharan ini kegiatan gerila dapat dikawal dengan baik dan berkesan. Melaka menjadi negeri pertama yang diistiharkan sebagai kawasan putih pada bulan september 1953. Dibawah rancangan ini juga tindakn menyekat kemasukan bekalan makanan yang menjadi sarang kegiatan komunis telah dijalankan.

d. RUNDINGAN BALING

Pada Pilihanraya Umum Persekutuan pertama pada bulan Julai 1955 memberi kemenangan besar kepada Parti Perikatan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah sistem berkerajaan sendiri. Pemberian taraf berkerajaan sendiri mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan. Ini menjadikan pengaruh Komunis semakin merosot.

Tunku Abdul Rahman berjanji untuk menamatkan darurat dengan segera. Pada bulan September 1955, beliau menawarkan pengampunan secrara beramai-ramai kepada semua penganas komunis. Mereka yang menyerah diri tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan. Kemerosotan pengaruh Komunis menyedarkan para pemimpim PKM terutama Chin Peng bahwa perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya Chin Peng bersetuju untuk berunding dengan kerajaan. Kerajaan itu diadakan pada 28-29 Disember 1955 di Baling Kedah.
-Dalam rundingan itu, Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menerima tawaran pengampunan kerajaan. Chin Peng menolak permintaan itu dan sebaliknya meminta PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Baling berakhir dengan kegagalan kerana kerajaa enggan tunduk dengan tuntutan PKM. Pada tahun 1960 kegiatan PKM berjaya dilumpuh kan, akibat tindakan keras kerajaan memerangi kegiatan komunis. pada 31 julai 1960, darurat diishytihatkan tamat secara rasmi. Sepanjang tempoh darurat seramai 6398 orang anggota PKM dibunuh, 1245 ditawan dan 1938 menyerah diri.









No comments:

Post a Comment