Wednesday 23 March 2016

PENYUSUPAN KE DALAM KESATUAN SEKERJA DAN PERGERAKAN POLITIK


 Selepas MPAJA dibubarkan, PKM memulakan kegiatan subversif dengan menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja. PKM menerima sokongan kuat daripada sebuah  gabungan kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Pan-Malayan Federation Of Trade Unions (PMFTU). Melalui kesatuan sekerja PKM menganjurkan mogok di seluruh Tanah Melayu. Akibat tindakan mogok, banyak kerja tergendala dan masa terbuang begitu sahaja.

PKM juga menyusup masuk ke dalam pergerakan politik. Menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri melalui PUTERA-AMCJA untuk menentang Malayan Unio. PUTERA mewakili parti politik orang Melayu yang berfahaman kiri dan AMCJA dikatakan mewakili kaum bukan Melayu. Kesemua pertubuhan di bawah naungan PKM, kecuali MCA diresapi atau bersimpati dengan komunis dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM.

Gabungan PUTERA-AMCJA mengemukakan cadangan perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat pada tahun 1974. Cadangan itu di tolak kerajaan British yang meneruskan usaha menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Melayan Union.

No comments:

Post a Comment