Wednesday 23 March 2016

PENYUSUPAN KE DALAM KESATUAN SEKERJA DAN PERGERAKAN POLITIK


 Selepas MPAJA dibubarkan, PKM memulakan kegiatan subversif dengan menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja. PKM menerima sokongan kuat daripada sebuah  gabungan kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Pan-Malayan Federation Of Trade Unions (PMFTU). Melalui kesatuan sekerja PKM menganjurkan mogok di seluruh Tanah Melayu. Akibat tindakan mogok, banyak kerja tergendala dan masa terbuang begitu sahaja.

PKM juga menyusup masuk ke dalam pergerakan politik. Menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri melalui PUTERA-AMCJA untuk menentang Malayan Unio. PUTERA mewakili parti politik orang Melayu yang berfahaman kiri dan AMCJA dikatakan mewakili kaum bukan Melayu. Kesemua pertubuhan di bawah naungan PKM, kecuali MCA diresapi atau bersimpati dengan komunis dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM.

Gabungan PUTERA-AMCJA mengemukakan cadangan perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat pada tahun 1974. Cadangan itu di tolak kerajaan British yang meneruskan usaha menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Melayan Union.

SERI ONN

1.TUAN MOHD SHAHRULAH BIN MOHD NAZEMI
(22DAQ15F2039)
2. MUHAMAD AKMAL BIN MOHAMAD SOLEH
(22DAQ15F2086)
3.FATIN SYAFIQAH NADHIRAH BT ABDUL AZIZ
(22DAQ15F2045)
4.MUHAMMAD AMIN BIN MOHAMMAD AYOB
(22DAQ15F2036)
5. NURHANIS BINTI CHE NUZI
(22DAQ15F2068)

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS

a) MENGISYTIHARKAN DARURAT

menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan PKM semakin hebat. Antara bulan Oktober 1945 hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan. Kemuncak keganasan berlaku pada pada 12 Jun 1948, apabila tiga orang pemimpin Kuomintang dibunuh di Johor, dan diikuti oleh pembunuhan tiga orang peladang Eropah dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948.

Peristiwa ini memaksa Kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa tempat di Johor pada 18 Jun 1948. Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan diikuti di Singapura pada 23 Jun 1948. Setelah undang-undang Darurat dikuatkuasakan, PKM dan pertubuhan di bawah naungannya diharamkan.

Darurat adalah istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk kepada kekacauan yang meletus di Tanah Melayu akibat kebangkitan komunis. Oleh itu, bermulalah secara rasmi usaha kerajaan British untuk memerangi keganasan Komunis di Tanah Melayu. PKM memulakan kegiatan secara gerila melalui gerakkan 'bawah tanah'.

i. Mengharamkan PKM melalui undang-undang darurat.
ii. Menggunakan tentera dan polis untuk menagkap sesiapa yang dikehendaki.
iii. Memperkenalkan sistem kad pengenalan dimana rakyat yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.
iv. Home guard di kampung-kampung telah ditubuhkan.
v. Tentera-tentera komanwel telah dibawa masuk.
vi. Usaha-usaha menyatupadukan kaum-kaum melalui Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum

b. RANCANGAN BRIGGS

diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs iaitu Pengarah Gerakan menentang Komunis pada tahun 1950. Rancangan diperkenalkan bertujuan untuk membanteras kegiatan Komunis melalui startegi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini bertujuan menghalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada Gerila Komunis yang bersembunyi dalam hutan. Dibawah rancangan ini kampung-kampung dipinggir hutan ditempatkan semula di kawasan baharu yang di panggil Kampung Baru yang mudah di kawal. Kampung Baru dipagar di sekelilingnya dan di sediakan kemudahan seperti sekolah dan pusat kesihatan.

Rancangan ini didapati berkesan dalam menanggalkan pembenrontakkan Komunis kerana ia dapat melemahkan kegiantan Min Yuen dan seterusnya memaksa Komunis keluar dari hutan.




c. RANCANGAN TEMPLER (perang saraf)

Sir Gerald Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas Komunis dengan mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah:

i. Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang Melayu
ii. Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri
iii. Mmemberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas Komunis
iv. Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka
v. Memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis

Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan Hitam dan kawasan Putih pada tahun 1952. Kawasan Hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan Putih ialah kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh Komunis.

Melalui pengisytiharan ini kegiatan gerila dapat dikawal dengan baik dan berkesan. Melaka menjadi negeri pertama yang diistiharkan sebagai kawasan putih pada bulan september 1953. Dibawah rancangan ini juga tindakn menyekat kemasukan bekalan makanan yang menjadi sarang kegiatan komunis telah dijalankan.

d. RUNDINGAN BALING

Pada Pilihanraya Umum Persekutuan pertama pada bulan Julai 1955 memberi kemenangan besar kepada Parti Perikatan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah sistem berkerajaan sendiri. Pemberian taraf berkerajaan sendiri mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan. Ini menjadikan pengaruh Komunis semakin merosot.

Tunku Abdul Rahman berjanji untuk menamatkan darurat dengan segera. Pada bulan September 1955, beliau menawarkan pengampunan secrara beramai-ramai kepada semua penganas komunis. Mereka yang menyerah diri tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan. Kemerosotan pengaruh Komunis menyedarkan para pemimpim PKM terutama Chin Peng bahwa perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya Chin Peng bersetuju untuk berunding dengan kerajaan. Kerajaan itu diadakan pada 28-29 Disember 1955 di Baling Kedah.
-Dalam rundingan itu, Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menerima tawaran pengampunan kerajaan. Chin Peng menolak permintaan itu dan sebaliknya meminta PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Baling berakhir dengan kegagalan kerana kerajaa enggan tunduk dengan tuntutan PKM. Pada tahun 1960 kegiatan PKM berjaya dilumpuh kan, akibat tindakan keras kerajaan memerangi kegiatan komunis. pada 31 julai 1960, darurat diishytihatkan tamat secara rasmi. Sepanjang tempoh darurat seramai 6398 orang anggota PKM dibunuh, 1245 ditawan dan 1938 menyerah diri.









Tuesday 22 March 2016

KEGIATAN SUBVERSIF PKM

-PKM melancarkan serangan melalui pasukan gerila yang diketuai pegawai khas. Diperingkat pusat, pegawai ini mengarahkan pasukan gerila daerah yang kemudian mengarahkan pegawai gerila di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat mukim. Setiap pasukan gerila dibahagikan kepada unit-unit kecil untuk menjalankan kegiatan subversif kumpulan gerila menjadi anggota utama dalam pasukan bertindak PKM yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA). Pasukan bertindak ini bertanggungjawab melakukan serangan bersenjata. MRLA bekerjasama rapat dengan Min Yuen, iaitu orang awam Cina yang dirahkan untuk mengumpulkan maklumat penting, menyediakan bekalan ubat, menyebarkan risalah somunis, mencari bantuan kewangan dan megambil rerkrut baru.
                                                                         Min Yuen

-Menjelang pengisyhtiharan darurat, kempen keganasan PKM tersebar dengan luas. Pasukan gerila komunis menjalankan kegiatan di kawasan ladang getah dan lombong bijih timah di persisiran hutan belantara. Ini bertujuan untuk membangkitkan ketakutan, kegelisahan dan perasaan tidak puas hati rakyat kepada pihak kerajaan

-Kejayaan terbesar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di bukit fraser pada 6 Oktober 1951. Walaubagaimanapun, kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotanya semakin merosot. Pada tahun1952, PKM memindahkan markasnya di Bentong, Pahang ke Bentong di Selatan Negara Thai. PKM juga mula mengatur strategi lain untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai cita-cita politiknya.

                                                                    Sir Henry Gurney

PERKEMBANGAN SBELUM DARURAT

-Sebelum tahun 1937 sambutan orang cina terhadap PKM tidak begitu menggalakkan, namun selepas kekalahan Negara Cina dalam Perang Cina- Jepun, PKM berjaya ,mempengaruhi perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin meluas. Kerjasama dengan British mealui force136 memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan di kalangan orang awam




 -Selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu. PKM dan MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu. Dalam tempoh itu, tentera komunis dipanggil bintang tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada penduduk tempatan yang dituduh bersubahat dan bekerjasama dengan Jepu

-Setelah British kembali semula memrintah, kerajaan british mengarahkan supaya MPAJA menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan  semasa pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi, tetapi tidak semua senjata diserahkan kerana sebahagian besar daripadanya dan bekalan makanan masih disembunyikan di hutan. Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu langkah simbolik untuk menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan perlembagaan.

PKM (PARTI KOMUNIS MALAYA)


                                             Parti Komunis Malaya




 -Matlamat komunis di tanah melayu ialah menubuhkan sebuah negara komunis. Ideologi komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930an dan semakin berkembang pada tahun 1941 hingga 1945 akibat perasaan anti Jepun. walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan PKM semasa penduukan jepun tetapi selepas tahun 1945 pihak British enggan menerima PKM. Sejak itu bermulalah penentangan PKM terhadap kerajaan British di Tanah Melayu.